fbpx

PRN Sarawak ditetapkan 18 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN-12) Sarawak adalah pada 18 Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, bagi hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada 6 Disember dan hari pengundian awal 14 Disember nanti.

“SPR mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan PRN Sarawak ke-12 pagi tadi. Mesyuarat juga membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Mesyuarat itu susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November lalu,” jelasnya ketika sidang akhbar di Kuching hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI