fbpx

Pemancing dihendap ‘manusia anjing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makhluk itu mengekori pergerakan John ketika dia mendayung kayak. – John

CANBERRA, AUSTRALIA – Seorang lelaki di Australia mendedahkan kisah cemasnya yang terserempak dengan sejenis makhluk digelar ‘manusia anjing’ ketika dia memancing di sebuah kawasan terpencil, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai John, dalam kejadian pada tahun lepas itu, dia diekori makhluk tersebut yang berga­yut di atas sebatang pokok.

“Saya menyedari bahawa setiap kali saya mendayung kayak, makhluk itu berjalan mengikuti gerakan pendayung.

“Apabila saya berhenti seketika, ia turut berhenti dan berjalan semula apabila saya kembali mendayung,” katanya dalam satu wawancara.

Selepas melihat dengan jelas kelibat makhluk tersebut, John berjaya merakam imej­nya menggunakan kamera te­lefon bimbit.

“Saya ada memberitahu beberapa orang rakan mengenai perkara ini dan makhluk aneh yang saya lihat adalah manusia anjing,” ujarnya.

Tidak lama selepas itu, kata  John, dia kembali ke lokasi yang sama untuk memancing dan sekali lagi bertembung dengan makhluk tersebut.

“Saya terdengar seperti bunyi dentuman dan sesuatu sedang berlari sambil merosakkan pokok-pokok yang ada.

“Ia kemudiannya mengaum dan menghela nafas panjang yang kuat. 

“Makhluk itu sememangnya bertindak di luar jangkaan dan ia amat menakutkan,” jelasnya.

Tambah John, dia turut mendengar sesuatu seperti berkata ‘pergi atau kamu akan mati’, namun tidak pasti siapa atau apa yang menuturkannya.

“Saya menyangkakan bahawa saya akan mati kerana tidak mempunyai sebarang senjata atau pisau memancing serta liputan telefon,” katanya.

John akhirnya berjaya me­larikan diri dan memasuki keretanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI