fbpx

Kekasih lakukan hubungan seks dalam kereta polis didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watkins dan Noa bakal dibicarakan pada Disember depan. - Peronda Lebuh raya Florida

TALLAHASSEE, FLORIDA – Sepasang kekasih dari Florida, Amerika Syarikat ditahan selepas melakukan hubungan intim di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta peronda polis sambil merakam aksi mereka, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam kejadian pada minggu lepas, polis peronda sebuah lebuh raya memberhentikan kereta BMW yang dipandu Yordan Noa, 24, dan menahannya selepas dia didapati memandu dengan lesen yang digantung.

Pegawai polis tersebut, J.D. Perez-Morales berkata, dia kemudiannya mengarahkan Noa dan kekasihnya, Summer Watkins, duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta peronda sebelum kedua-dua mereka mula melakukan perbuatan tidak senonoh.

Kedua-dua mereka melakukan aksi tersebut sambil menghubungi seorang rakan lain menggunakan aplikasi FaceTime.

Watkins dilaporkan dengan rasa ‘bangga’ memberitahu rakan tersebut bahawa mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta polis.

Morales kemudiannya turut menahan wanita itu atas dakwaan melakukan tingkah laku lucah serta melanggar ketenteraman.

Dia kemudiannya dibebaskan dari lokap selepas membayar ikat jamin sebanyak AS$1,000 (RM4,206) serta bakal dibicarakan di mahkamah pada 16 Disember ini.

Sementara Noa pula ditahan kerana memandu dengan lesen yang digantung, memiliki bahan terlarang serta melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai serta tingkah laku lucah dan melanggar ketenteraman.

Dia turut dibebaskan selepas diikat jamin dan bakal dibicarakan di mahkamah pada 13 Disember depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN