fbpx

Letusan gunung berapi Yellowstone sekuat 1,000 bom atom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekiranya meletus, abu yang dilepaskan akan melitupi sebahagian besar AS termasuk bandar-bandar seperti Seattle dan New York. – Handout

WASHINGTON – Sekumpulan pakar mengeluarkan amaran mengenai sebuah gunung berapi aktif di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS), yang dibimbangi mampu memberi ancaman malapetaka besar-besaran ke atas manusia sekiranya meletus, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut laporan yang disiarkan dalam sebuah dokumentari di saluran televisyen Channel 5, gunung berapi tersebut mempunyai potensi kekuatan bersamaan dengan 1,000 bom atom yang pernah diletupkan di Hiroshima.

Ia juga diramal mampu menghasilkan ‘zon kemusnahan’ 10 juta kali lebih buruk daripada kejadian serangan 9/11.

Pakar-pakar bimbang sekiranya gunung berapi tersebut meletus, letusan besar akan menyebabkan berlakunya kemusnahan alam dalam sejarah peradaban moden.

Sekiranya meletus, abu yang dilepaskan akan melitupi sebahagian besar AS termasuk bandar-bandar seperti Seattle dan New York. Letusannya sahaja bahkan boleh meratakan tujuh buah negeri di AS.

Taufan abu gunung berapi yang mempunyai suhu sehingga 400 darjah Celcius itu pula diramal boleh merebak dalam kelajuan beratus-ratus kilometer sejam yang akan membunuh apa-apa sahaja yang berada pada laluannya.

Abu gunung berapi tersebut bahkan boleh sampai ke Benua Eropah dalam masa 72 jam  serta mengakibatkan hujan toksik yang mencemarkan air serta membunuh tanaman di seluruh dunia.

Ekoran kesemua ancaman tersebut, para saintis kini menggunakan satelit serta beberapa teknologi lain untuk mengukur tahap pergerakan tanah serta memantau aktiviti gunung berapi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI