fbpx

KWSP akan lancar i-Sayang, i-Lindung tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua kemudahan baharu akan dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Sayang dan i-Lindung sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pelaksanaannya dijangka bermula pada suku pertama 2022 yang bakal memberi manfaat kepada pasangan suami isteri dan golongan pesara di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan i-Sayang akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Sementara itu, i-Lindung pula merupakan kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.

Tambah Ahmad Badri, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI