fbpx

1.7 juta batang rokok tidak bercukai dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Polis merampas kira-kira 1.7 juta batang rokok disyaki tidak bercukai dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini dan Butterworth di daerah Seberang Perai Utara semalam.

Turut ditahan dalam siri serbuan bermula pukul 7.30 pagi itu adalah empat lelaki warga tempatan berusia 30-an yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, polis menyerbu sebuah premis kosong di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini dan menahan tiga lelaki bersama sejumlah rokok.

“Susulan itu beberapa siri serbuan dilakukan di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth yang mana polis menahan seorang lagi lelaki untuk siasatan lanjut

“Pada serbuan itu, sebanyak kira-kira 17 juta batang rokok bernilai RM482,000 disita dari sebuah rumah kedai dan empat buah van,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafee berkata, semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI