fbpx

The Datai Langkawi tutup, pekerja positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Datai Langkawi menutup sementara operasi berikutan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

LANGKAWI – Sebuah resort lima bintang di pulau peranginan ini mengambil langkah menutup premisnya selama 10 hari bermula hari ini selepas 16 kes jangkitan positif Covid-19 dikesan di situ.

The Datai Langkawi dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya memaklumkan, 16 kes positif tersebut adalah dalam kalangan pekerjanya.

“Dalam saringan berkala yang dilakukan ke atas pekerja resort secara rawak, ada yang didapati positif dan telah diasingkan bagi menjalani kuarantin.

“Kita telah mengambil langkah untuk mengesan kontak rapat dan hasil saringan mendapati ada kes positif menyebabkan protokol kuarantin diaktifkan oleh pihak pengurusan,” katanya.

Kata kenyataan itu, pihaknya juga akan melakukan sanitasi menyeluruh terhadap premis tersebut sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan keselamatan pengunjung.

Tambahnya, pihaknya turut memohon maaf kepada pengunjung yang terjejas disebabkan penutupan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI