fbpx

[KEMASKINI] Bomba berjaya selamatkan 11 mangsa terkandas kejadian kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba berjaya membawa keluar seorang warga emas, dua individu dewasa dan lapan kanak-kanak yang terkandas dalam kejadian kepala air sebentar tadi.

HULU SELANGOR – Bomba berjaya menyelamatkan 11 individu termasuk seorang warga emas yang terkandas susulan kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala Genting, dekat sini sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dan seorang lelaki serta seorang wanita dewasa masing-masing berusia 39 tahun.

“Selain itu kita turut menyelamatkan lapan kanak-kanak yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan berusia lingkungan setahun hingga 11 tahun.

“Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar ke kawasan yang selamat selepas operasi bermula pukul 7.40 malam,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa didapati mempunyai pertalian keluarga dan mereka merupakan dua buah keluarga yang datang dari Sungai Buloh.

“Mangsa memaklumkan mereka ke lokasi kejadian untuk berkelah,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 11 individu dilaporkan terkandas susulan kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali menghala Genting, dekat sini lewat petang tadi.

Pihak bomba menerima panggilan kejadian pukul 7.26 malam dan seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI