fbpx

Dwayne Johnson idam watak James Bond

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DWAYNE JOHNSON

PELAKON aksi terkenal, Dwayne Johnson mengakui teringin untuk membawakan watak James Bond seperti yang dilakonkan oleh Daniel Craig.

Hasrat Johnson untuk memegang watak sebagai ejen perisik terkemuka itu juga mendapat sokongan padu daripada peminatnya.

Ujar Johnson, dia mula menyimpan impian untuk memegang peranan sebagai James Bond ketika masih kecil apabila bapa saudaranya yang juga pelakon Peter Maivia pernah terlibat dengan salah sebuah siri James Bond, You Only Live Twice yang ditayangkan pada 1967.

“Bapa saudara saya (Maivia) memegang watak jahat. Ketika itu, peranan James Bond dimainkan oleh pelakon Sean Connery.

“Sejak dari situ saya berharap dapat memainkan watak James Bond suatu hari nanti,” dedahnya.

Buat masa ini, Johnson seperti terpaksa bersaing dengan seorang lagi pelakon iaitu Henry Cavill yang disebut-sebut bakal memegang watak James Bond untuk musim yang akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI