fbpx
SELEPAS anak sulungnya semakin membesar, Jihan memang mengimpikan untuk kembali hamil.

Disangka hamil, doa yang baik-baik ya – Jihan Muse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengacara terkenal, Jihan Muse menafikan dirinya kini sedang hamil anak kedua seperti yang hangat dikatakan netizen ketika dia mengacarakan program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Jihan berkata, dia bagaimanapun berkeinginan untuk kembali hamil apatah lagi memikirkan usianya yang bakal memasuki angka 40 tahun tidak lama lagi.

“Saya mungkin nampak macam mengandung. Nak buat macam mana, berat badan naik sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Tapi, jujurnya saya memang nak doa-doa dari kalian semua sebab memang nak mengandung lagi. Kalau betul saya sekarang mengandung, sudah tentulah saya orang pertama yang akan mencanang cerita ini.

“Tapi belum lagi lah, doakan yang baik-baik ya,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Dalam pada itu, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 38, bagaimanapun mengaku langsung tidak berkecil hati dengan tanggapan dan salah faham netizen mengenai soal kehamilannya itu.

“Kalau saya jenis cepat sensitif, tak jadi pelawaklah saya. Macam-macam saya dah pernah kena sebelum ini.

“Soal hamil ini benda baik, saya pun harapkan doa orang ramai. Mungkin lebih ramai yang cakap hal ini, ramai juga yang mendoakan saya,” katanya.

Terdahulu, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz Faizal pada 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Harsalan Haq, 4. – K! ONLINE

POPULAR