fbpx
Mayat mangsa yang telah ditutupi kain putih di lokasi sebelum ini.

Bunuh ah long: Enam termasuk dua remaja akan dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Enam individu termasuk dua remaja akan didakwa di Mahkamah Klang, esok atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ah long di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pendakwaan terhadap kesemua suspek berusia 18 hingga 38 tahun dilakukan selepas mendapat perintah daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Katanya, empat suspek termasuk dua remaja akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dua lagi suspek akan didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan kedua-dua seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, sekiranya disabitkan kesalahan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai ah long mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan bersama dua anak lelakinya di sebuah kopitiam di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, di sini pada 6 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN