fbpx

Bekas warden penjara menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakwan Mahuri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh selepas didakwa atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis.

IPOH – Seorang bekas warden penjara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis, Khamis lalu.

Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Dia didakwa berpura-pura menyamar sebagai anggota polis di pekarangan pejabat Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 9.50 pagi, 18 November 2021.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 21 Disember ini.

Difahamkan, Zakwan ditangkap setelah didapati berada dalam keadaan mencurigakan selain gagal menunjukkan kad kuasanya sebagai pegawai kanan polis.

Lelaki itu yang berpakaian biasa dan berkasut kawad mendakwa seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan bertugas di Penjara Tapah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI