fbpx
AYU DAMIT bersama suaminya, Syed Fauzi.

Suami Ayu Damit dituduh tumpang populariti isteri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIVA memang tidak nafikan ke mana sahaja penyanyi Ayu Damit pergi, si suami tercinta, Syed Fauzi Syed Baharuddin atau lebih mesra disapa Poji selalu ada menemani isterinya.

Tidak kira acara apa sekali pun, Poji tidak pernah lekang berada di sisi Ayu sehinggalah timbul cakap-cakap mengatakan bahawa si suami menumpang populariti isterinya.

Jahat betul mulut netizen yang cakap begitu. Salah ke tindakan Poji menemani isteri sendiri?

Kata Ayu, dia tidak melihat suaminya cuba mencari publisiti, sebaliknya sekadar menemaninya mencari rezeki.

Bahkan, pemilik suara serak-serak basah itu sendiri mengakui bahawa suaminya seorang yang pemalu dan akan berbincang dahulu jika perlu membuat kemunculan bersama-sama dalam kaca televisyen.

Netizen pun janganlah terlalu buruk sangka sangat. Bangun jatuh Ayu, suaminya tetap setia berada di sisi.

Lagi pun bagus juga kalau suaminya sentiasa ada di samping isteri. Manalah tahu boleh mengelak daripada jadi yang bukan-bukan.

DIVA: Terkejut dengan isu Kak Girl, seorang pelakon bertubuh gempal dengan kononnya digugurkan daripada sebuah drama kerana pihak produksi tak ada baju saiz ‘plus’, yang ada semua M. Aduh, aneh-aneh produksi Malaysia ni!

POPULAR

BERITA BERKAITAN