fbpx

Hidup suram selepas hilang isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADZIZI di hadapan rumah pusaka arwah isterinya di Kampung Paya, Teluk Kumbar di Balik Pulau yang menyimpan banyak kenangan bahagia bersama wanita tersebut.

BALIK PULAU – “Kemungkinan penglihatan saya makin kabur kerana kerap menangis setiap kali teringat arwah isteri.”

Demikian ujar Adzizi Musa, 63, apabila masih tidak dapat me­nerima pemergian isteri, Salmiah May sejak lima tahun lalu.

Malah lelaki warga emas itu terpaksa menjalani kehidupan dalam serba kekurangan selain menyara hidup dengan mengambil upah sebagai pembantu tukang rumah dan pembantu tukang masak di Teluk Kumbar, di sini.

Dia mendiami rumah pusaka milik arwah iste­rinya di Kampung Paya bersendirian.

Menurut bapa seorang cahaya mata itu, kehidupannya berubah sejak kehilangan isteri tercinta akibat lumpuh pada Mac 2016 dan sehingga kini masih tidak dapat melupakan pemergian itu.

“Hidup saya makin tidak terurus setelah kematian isteri lima tahun lalu. Saya reda dan te­rima hakikat kehilangannya tetapi tak mampu menahan kesedihan setiap kali terkenang wajahnya.

“Keadaan ­kedua-dua belah mata mula ­kabur sejak 10 tahun lalu dan kini menjadi bertambah teruk, mungkin kerap menangis setiap kali teringat arwah isteri,” katanya.

Ujarnya, semasa isterinya masih sihat, arwah akan mengemas rumah dan memastikan sekeliling kawasan rumah dijaga dengan baik.

“Sedih dan rasa sunyi. Saya pula tiada pendapatan tetap dan hanya mengambil upah membantu tukang rumah dan tukang masak untuk majlis kenduri dekat dengan rumah. Ada kerja, adalah duit poket,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Terdahulu, kediaman Adzizi turut dikunjungi Penghulu kawasan Teluk Kumbar, Khalid Zakaria.

Kediaman dua tingkat separa kayu itu kelihatan semakin usang seperti ditinggalkan penghuni dalam satu tempoh yang lama.

Keadaan di dalam rumah­nya pula dilihat tidak terurus terma­suk di bahagian atas serta pekarangan luar rumah, manakala perabot serta kelengkapan dapur juga rosak akibat pernah ditenggelami banjir.

“Mujur ada rakan dan komuniti masyarakat yang sering menghulur bantuan termasuk membawa menerima rawatan di hospital.

“Harapan saya cuma satu iaitu tinggal dalam keadaan rumah yang lebih selesa dan ada pihak sedia membantu membaiki kediaman ini,” ujarnya dalam nada sebak.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh meng­hubunginya di talian 013-521 9313 atau menyumbang ke akaun Maybank 1573-8010-3017 atas nama Adzizi Musa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI