fbpx

Cawangan perdana sulung Grand Senheng Elite dibuka di SS2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Senheng me­lancarkan cawangan perdana pertamanya, iaitu Grand Senheng Elite di SS2, dekat sini yang menawarkan pengalaman membeli-belah berbeza buat pelanggan.

Melalui keluasan 14,000 kaki persegi (1,300 meter persegi), Grand Senheng Elite membawakan konsep ‘kedai dalam kedai,’ memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri semua barangan yang ditawarkan dari pelbagai jenama.

Presiden Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Chieng berkata, syarikat kini memiliki 104 cawangan di seluruh negara dan merancang untuk membuka kira-kira 15 cawangan fizikal baharu tahun hadapan.

Jelasnya, dalam era digital sekarang, saluran jualan secara online dan offline perlu bergerak seiringan.

“Pelanggan memang suka mengimbas barang yang diingini secara online, namun apabila mahu membuat pembe­lian, mereka tetap hadir ke kedai fizikal untuk melihat sendiri terutamanya bagi peralatan berharga mahal dan digunakan seisi ke­luarga seperti televisyen atau peti ais.

“Kekuatan kami terletak pada khidmat nasihat dan perkhidmatan selepas jualan, hal ini sukar dipenuhi peniaga yang hanya menjual secara online,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran semalam.

Menurut Kim Chieng, saluran online menyumbang lapan peratus daripada keseluruhan jualan syarikat untuk tahun ini, manakala 92 peratus selebihnya hadir daripada jualan di kedai fizikal.

Tambahnya, sumbangan saluran online semakin meningkat dan pelanggan yang memilih untuk membeli daripada Senheng menerusi online akan beroleh perkhidmatan yang sama seperti membeli di kedai fizikal.

“Kami merancang untuk membuka sekitar 10 cawangan Grand Senheng Elite di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun, bermula dengan cawangan kedua di Putrajaya dijangka pada suku pertama tahun depan.

“Perbelanjaan modal untuk membuka cawangan jenis ini adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding pelaburan membuka cawangan Senheng biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI