fbpx

Zainal Abidin mahu ‘tajamkan’ penyudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Melaka United melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka kelmarin. – RASUL AZLI SAMAD

MELAKA United melakar sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 buat kali pertama sejak 1983 selepas menyingkirkan Sabah di peringkat suku akhir kelmarin.

Pada aksi timbal balik suku akhir yang berlangsung di Sta­dium Hang Jebat tersebut, Me­laka mencatat kemenangan 2-1, sekali gus mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-1.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui belum berpuas hati dengan sentuhan penyudah yang ditampilkan jentera serangan apabila mensia-siakan banyak peluang terhidang.

Justeru, beliau yang juga bekas penyerang kebangsaan menggesa pemain-pemainnya agar me­nunjukkan penyudah yang lebih tajam apabila menentang KL City FC di pentas separuh akhir nanti.

“Alhamdulillah, secara keseluruhan daripada mula hingga tamat perlawanan, semua pemain menunjukkan momentum dan disiplin cukup baik. Tahniah kepada pemain-pemain yang tunjukkan banyak peningkatan.

“Bagaimanapun, kita melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan itu. Dalam saingan kalah mati, jaringan sangat penting, jadi kita akan berusaha untuk baiki aspek penyudah,” katanya.

Pada masa sama, Zainal juga mahu membuktikan sentuhannya selaku jurulatih masih berbisa memandangkan beliau didesak untuk me­ninggalkan pasukan itu selepas menampilkan aksi kurang konsisten pada saingan Liga Super musim ini.

“Niat saya memang murni terhadap bola sepak, jadi saya akan terus memperbaiki diri dan pa­sukan. Bagi mewujudkan pasukan yang baik, kita memerlukan masa dan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka kerana beri pe­luang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI