fbpx

MSD 2021 perkasa literasi kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruang pameran secara maya yang memaparkan Rakan Korporat PNB yang turut serta menjayakan MSD 2021 dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai pelaburan.

Penganjuran Minggu Saham Digital (MSD) 2021, adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlangsung sejak 17 November lalu terus mencuri tumpuan rakyat Malaysia.

Tahun ini, program literasi kewangan yang dianjurkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama 12 Rakan Korporat tampil sepenuhnya secara digital buat kali kedua.

Adaptasi MSAM kepada MSD menjadi bukti bahawa PNB terus berkembang dan mendukung cara baharu yang lebih menarik untuk mendekati pemegang unit dan masyarakat.

Selaras dengan transformasi tersebut, MSD 2021 disiarkan secara langsung melalui platform Facebook dan YouTube antara pukul 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu bakal berakhir pada 23 November nanti.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, acara digital itu merupakan sebahagian usaha berterusannya untuk mengukuhkan literasi kewangan dan inisiatif pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat.

“Walaupun berlangsung di platform digital, program ini mampu meraih penglibatan dan interaksi daripada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat di seluruh negara.

“Pada tahun lalu, MSD berjaya mengumpul 7.5 juta capaian unik di laman Facebook, 2.2 juta tontonan terkumpul di Facebook dan saluran YouTube serta 11.5 juta tayangan (impression) di laman web rasmi.

“PNB berharap Minggu Saham yang dianjurkan secara digital dapat membantu memperluas jangkauan kepada lebih ramai rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

PELUANG memenangi pelbagai hadiah lumayan terbuka luas kepada mereka yang menyertai peraduan utama MSD tahun ini.

Sepanjang tujuh hari penganjuran MSD 2021, semua lapisan masyarakat berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti daripada siri forum dan webinar pendidikan sehinggalah kepada segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

Konsert maya Pass The Mic menampilkan artis popular seperti Misha Omar, Hazama, Kaka Azraff dan Haqiem Rusli bakal membuat persembahan secara langsung pada pukul 8.30 malam ini bersama hos, Sissy Iman dan Daniel Cheang.

Membawakan slogan #laburbersama, seluruh rakyat dijemput mengambil bahagian dalam lebih 70 program hibur didik bertujuan merapatkan jurang literasi kewangan dan meningkatkan pengetahuan kewangan diri serta keluarga dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada.

Program yang bersiaran sejak Rabu lalu adalah Bijak Finance, ASB-ICLIF MBA Masterclass Series, Santai Bicara Muamalat, Sembang-Sembang ASNB, Roda Labur dan Raiz Bersama.

Meneruskan tradisi MSD 2020, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. membawakan program Jumpa di 118 yang menampilkan pengacara Awal Ashaari serta Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB,

Ahmad Zulqarnain Onn; Pengasas dan Pengarah PUSAKA, Eddin Khoo dan Arkitek Konservasi & Ahli Warisan Budaya, Prof. Laurence Loh selaku panel jemputan.

Mereka berbicara mengenai perkembangan pembinaan ikonik menara Merdeka 118 dan memberikan gambaran yang lebih mendalam berkaitan pembangunan yang menghiasi kaki langit Kuala Lumpur.

Program istimewa MSD yang lain adalah Lalabur, sebuah sketsa komedi berkaitan masalah kewangan bertemakan ‘Sikit-sikit, bila nak kaya?’ bersama selebriti parodi media sosial, Azman Naim serta barisan pelakon dan pelawak kegemaran ramai seperti Khatijah Tan, Azhan Rani, Nadia Aqilah dan Fikry Ibrahim.

Barisan artis popular bakal membuat persembahan Pass The Mic secara langsung pada 20 November.

Menerusi segmen, Lepak Je! penonton turut berpeluang untuk bersantai bersama selebriti, personaliti dan influencer seperti Betty Rahmad bersama hos, Sissy Iman yang akan mengemukakan cabaran menyeronokkan dan menjawab soalan ‘panas’.

PNB berkata, paling menarik, peraduan utama MSD tahun ini iaitu Jom… Kira Duit menawarkan hadiah sebuah kenderaan utiliti sukan, Hyundai Kona tajaan Sime Darby Berhad; sebuah kereta

Toyota Yaris tajaan UMW Holdings Berhad dan sebuah lagi SUV Perodua Ativa tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.

“Hadiah lain termasuk motosikal Honda Dash 125 tajaan Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) serta banyak lagi hadiah bernilai lebih RM500,000.

“Selain itu, peserta juga berpeluang memenangi 2,400 hadiah e-baucar melalui cabutan bertuah dan Live Trivia, yang mana setiap satu daripada 19 episod menawarkan 10 penonton peluang untuk memenangi e-baucar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI