fbpx

Malaysia pencabar penyelidik AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ imbasan menunjukkan barah payudara yang biasanya menyerang wanita. – AGENSI

PETALING JAYA – Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kini boleh diibaratkan seperti berada dalam perlumbaan mengejar masa untuk menjadi pihak pertama membangunkan vaksin kanser payudara di dunia.

Penyelidikan di Malaysia dilakukan oleh pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia yang ber­asaskan peptida sebagai vaksin antigen diformulasikan bersama nanopartikel.

Penyelidikan di AS pula sedang giat dilakukan oleh Cleveland Clinic’s Lerner Research Institute.

Vaksin itu menyasarkan kepada protein dipanggil a-laktalbumin yang akan memberi amaran kepada sistem imun untuk menghentikan pertumbuhan tumor.

Kajian itu dibiayai oleh Jabatan Pertahanan di AS dan pasukan penyelidik menjangkakan penyelidikan tersebut akan selesai pada September 2022.

Kanser payudara adalah kan­ser paling lazim dideritai wanita di negara ini dan setakat ini belum ada vaksin untuk mencegahnya.

Kanser tersebut kebiasaannya dialami golongan wanita berusia antara 45 hingga 64 tahun.

Pengesanan awal kanser barah payudara boleh dilakukan melalui saringan mamogram secara berkala.

Bagaimanapun isu lewat mendapatkan rawatan sehingga pe­nyakit itu sudah merebak tahap tiga atau empat sering dilaporkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI