fbpx

Graduan UPSI perlu bangga dengan pencapaian sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Zara menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada tokoh perbankan negara, Tan Sri Azman Hashim.

TANJUNG MALIM – Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-22 yang bermula hari ini menyaksikan seramai 4,009 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, seramai 88 graduan menerima ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana (684), ijazah sarjana muda (2,572), diploma pendidikan lepasan ijazah (343) manakala graduan diploma seramai 322.

Istiadat konvokesyen di Dewan Tuanku Canselor Kampus Sultan Azlan Shah di sini itu yang berlangsung sehingga 26 November disempurnakan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Baginda turut berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Sukan kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria serta Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada tokoh perbankan negara, Tan Sri Azman Hashim manakala usahawan pertanian, Datuk Syed Elias Syed Ahmad dikurniakan Ijazah Kehormat Sains Pertanian.

Sementara itu Prof. Dr. Omar Abdull Kareem yang pernah berkhidmat bersama UPSI dari 2002 sehingga 2020 dikurniakan gelaran Profesor Emeritus berikutan ketokohannya dalam dunia akademik.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md. Taff dalam ucapannya berkata, impak Covid-19 yang melanda negara memberi kesan pada pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UPSI kali ini.

“Berdepan kemelut pandemik, UPSI mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan hasil perjuangan seluruh kakitangan dan juga mahasiswa,” ujarnya.

Beliau menasihatkan graduan agar memiliki rasa bangga dan demi UPSI sebagai denyut nadi yang berdetak dalam sanubari mereka sepanjang masa selepas tamat pengajian.

Md. Amin berkata, kejayaan yang dicapai UPSI seharusnya menjadi kebanggaan pada graduan ketika universiti bersejarah ini menyambut ulang tahun ke 100 penubuhannya bermula 29 November ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI