PENYANYI pop, Britney Spears meluahkan rasa terkilan apabila rakan seperjuangannya, Christina Aguilera enggan memberi komen berhubung konfrantasi dan kemenangannya dalam tuntutan pembebasannya hak penjagaan (conservatorship) selama 13 tahun dengan bapanya, Jamie Spears.
Britney atau nama lengkapnya, Britney Jean Spears menerusi Instastory, berkata, dia sangat kecewa dengan tindakan Christina yang sedia maklum tentang derita yang ditanggungnya selama ini.
“Saya amat menghargai apabila semua orang datang memberikan sokongan terhadap saya tetapi menolak untuk memberikan sebarang komen sedangkan anda tahu kebenarannya adalah bersamaan dengan penipuan.
“Selama13 tahun hidup dalam sistem yang penuh dengan korupsi dan abusif, mengapa susah sangat nak cakap tentang topik yang orang lain cakapkan?
“Saya yang menghadapi semuanya! Terima kasih kepada penyokong yang bersuara dan mendokong saya. Yes, I do matter (Ya, saya memang penting).
Britney Spears calls out Christina Aguilera for walking away from a question about her conservatorship ending. pic.twitter.com/Lib6FcE4iC
— Pop Crave (@PopCrave) November 20, 2021
Britney mengulas tentang situasi yang berlaku pada acara karpet merah Latin Grammy Awards 2021 baru-baru ini. Ketika itu, Christina didekati seorang wartawan dan disoal sama ada pelantun lagu Hurt itu ada berkomunikasi dengan Britney selepas penyanyi itu bebas daripada ‘kongkongan’ bapanya.
Christina dilihat menunjukkan wajah jelik sebelum wakil daripada pihaknya menghalangnya daripada memberikan sebarang komen dan berkata: “No, we’re not doing this tonight. I’m sorry (Maaf, kami tak boleh bagi komen malam ini, saya minta maaf).”
Christina bagaimanapun berlalu pergi dan meninggalkan komen ringkas berbunyi: “I can’t.. but I’m happy for her. (Saya tak boleh.. tapi saya gembira untuknya).
Terdahulu, selepas 13 tahun kehidupannya dikongkong, Britney akhirnya bebas apabila Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat menamatkan hak penjagaan bapanya Jamie Spears.
Hakim Brenda Penny mengarahkan hak penjagaan (conservator) yang dipegang bapanya sejak 2008 ditamatkan dan berkuatkuasa serta-merta.
“Berkuatkuasa hari ini, hak jagaan terhadap Britney Jean Spears dan aset miliknya dibatalkan,” kata Hakim Brenda Penny minggu lalu.
Britney mengejutkan dunia dengan pengakuan kepada Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jun lalu, apabila mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk kerana kehidupannya dikawal seperti hamba oleh bapanya sendiri.
Bapanya, Jamie Spears diberi hak penjagaan oleh mahkamah untuk menguruskan kehidupan dan aset penyanyi itu yang dianggarkan menilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu selepas Britney disahkan mempunyai masalah mental.
Britney dan Christina sama-sama mencipta nama dalam dunia muzik global menerusi Mickey Mouse Club pada 1993 hingga 1996 dan sejak itu, mereka dikatakan bermusuhan dan tidak sebulu. – K! ONLINE






