fbpx

Kontroversi, populariti Kim Seon-ho sama naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

BIARPUN teruk dikecam akibat kontroversi kehamilan kekasihnya, aktor terkenal Kim Seon-hoo meraih satu pencapaian apabila diangkat sebagai pelakon paling popular dengan hampir dua juta undian pada Anugerah Artis Asia 2021 baru-baru ini.

Tidak setakat itu, Seon-ho turut mengungguli dua lagi kategori lain dalam anugerah sama.

Dua kategori tersebut termasuk Anugerah Populariti Live U+ IDOL dan Anugerah Populariti AAA RET yang mana kedua-duanya adalah 100 peratus hasil undian peminat.

Biarpun pemenang akan diumumkan secara rasmi semasa majlis berprestij yang dijadualkan pada 2 Disember, peminat bintang Hometown Cha-Cha-Cha itu dilihat tidak sabar mengucapkan tahniah atas prestasi baharunya itu.

Dalam laman Twitter, peminat fanatik meraikan kejayaan pelakon Seon-ho dengan hashtag #KimSeonHoMostPopularActor.

Peminat turut berharap pelakon yang popular menerusi drama Start Up itu membuat kemunculan pada Anugerah Artis Asia 2021 bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI