fbpx

Kebosanan kena kuarantin, Cik B positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi meningkat naik, Cik B disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd. Amin berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana keadaannya kini baik-baik sahaja namun mengakui mengalami simptom hilang deria bau.

“Jangan risau, tiada apa yang serius. Cuma, saya tak boleh bau makanan tapi rasa masih boleh sebab saya baharu kena.

“Sekarang ini, saya tengah kuarantin dalam bilik saya. Saya cuma mahu kamu tolong doakan saya, terima kasih,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi.

Dalam pada itu, anak kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida itu turut menasihatkan orang ramai agar terus menjaga keselamatan masing-masing ketika ini.

“Kita duduk dalam bilik saja, Cik B tak keluar mana-mana, jadi bosanlah, ‘pishang-pishang’. Stay safe (kekal selamat) semua,” katanya lagi.

Terdahulu, pelantun lagu Tolonglah itu pada hantaran sama turut memberitahu ibunya juga terpaksa melakukan ujian calitan memandangkan kontak rapat dengannya.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Vida memaklumkan keputusannya negatif selepas menjalani ujian calitan tersebut.

“Pertama kali buat ujian Covid menggelupur. Siapa macam saya? Alhamdulillah mujur antibodi saya kuat, keputusan negatif,” tulisnya ringkas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI