fbpx

Kebajikan anggota ATM jadi keutamaan Kementerian Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal Hisham (kanan) menyantuni keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy dalam sesi lawatan kebajikan Kementerian Pertahanan baru-baru ini

PETALING JAYA – Kebajikan keluarga anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan termasuk memastikan keluarga anggota yang telah meninggal dunia diberikan bantuan sewajarnya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, ini termasuklah keluarga kepada Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas membabitkan pesawat Hawk 108 baru-baru ini.

”Kebajikan keluarga anggota ATM sentiasa menjadi keutaamaan Kementerian Pertahanan dan akan memastikan keluarga Allahyarham diberikan bantuan dengan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham di Taman Redan Perdana, Muadzam Shah, Pahang hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, sesi lawatan itu berlangsung di kediaman keluarga Allahyarham untuk menyantuni kedua ibu bapa, Bustamy Tuahara dan Siti Razilah Daud serta menyampaikan salam takziah daripada Menteri Pertahanan dan pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Ikmal Hashim turut bertemu balu Allahyarham, Nurul Izati Sharii menyampaikan sumbangan peribadi daripada Menteri Pertahanan dan beliau sendiri selaku Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad yang menyampaikan sumbangan dari Yayasan Veteran ATM kepada balu Allahyarham.

“Di akhir lawatan, Datuk Seri Ikmal Hashim dan delegasi meluangkan masa bersama-sama keluarga Allahyarham untuk menyempurnakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk Allahyarham.

”Lawatan ini adalah sebagai tanda keprihatinan Kementeri Pertahanan terhadap insiden kemalangan yang telah menimpa keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy.

Sesi lawatan kebajikan itu turut dihadiri Asisten Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Mohd Suhaimi Sahri.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI