fbpx

Boleh kena penjara tinggal anak dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.

PETALING JAYA- Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kecuaian invidivu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” tulisnya menerusi hantaran Facebook sebentar tadi.

Menerusi hantaran MKN itu, rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman mereka apabila bertindak meninggalkan anak-anak di dalam kereta.

“Saya pernah tinggal anak dalam kereta sebab nak beli lauk, macam mana nak ceduk lauk dan dukung anak? Ambil satu dua lauk sepantas kilat, kereta saya kunci, buka tingkap sikit, kereta parkir betul-betul depan kedai, mata sentiasa perhati, itu pun sudah ada orang tegur tinggal anak,” kongsi Hanz Iman.

“Bukan sahaja dalam kereta, dalam rumah pun sama, saya tinggal di flat, masalah selalu timbul apabila suami kerja, hanya tinggal saya dan anak-anak kecil, jadi bila ada Foodanda datang, terpaksa tinggalkan mereka untuk turun,” jelas @Ayishah Ayub.

“Uar-uarkan dengan lebih meluas, masukkan sekali dengan akta-akta kesalahan lain,” jelas Anun Sue. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI