fbpx

Selangor harapkan sentuhan Ifedayo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFEDAYO (kiri) kembali turun menjalani latihan dan memikul harapan besar Selangor ketika mereka bakal berdepan KL City malam ini. – FB SELANGOR FC

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

PARA penyokong setia Selangor kini mengharapkan keajaiban untuk menghadapi aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

Kekalahan 0-2 kepada Kuala Lumpur City pada aksi suku akhir pertama sebelum ini menjadikan tugas mereka agak sukar, namun berharap penyerang sensasi mereka Ifedayo Olusegun mampu diturunkan pada aksi kedua malam ini.

Menerusi perkembangan terkini, penyerang kelahiran Nigeria itu sudah kembali menyertai rakan sepasukan lain menjalani latihan selepas berdepan isu kecederaan sebelum ini.

Sekiranya benar penjaring terbanyak Liga Super itu boleh diturunkan, ia pasti memberi sinar harapan buat para penyokong setia Gergasi Merah untuk melihat Misi 34 kembali bernyawa.

Selepas mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada perlawanan pertama, Karsten Neitzel kini tiada pilihan lain kecuali bersikap berani mati untuk buru sekurang-kurangnya tiga gol di Cheras.

“Kami perlu percaya kepada diri sendiri dan yakin mampu menjaringkan gol.

“Akan ada perubahan dilakukan. Memang sukar tetapi tiada yang mustahil dan saya akan turunkan barisan terbaik.

“Saya percaya semua pemain sudah bersedia untuk berdepan misi sukar ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI