fbpx

41 warga PDRM Kelantan positif Covid-19 bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien melepaskan satu das tembakan sebagai simbolik Majlis Penutupan Simulasi Banjir 2021 di Paloh Rawa, Machang hari ini. FOTO : BAHRUDDIN HATTA

MACHANG – Seramai 41 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan disahkan dijangkiti Covid-19 sepanjang bulan ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, kesemua warga PDRM yang terkena jangkitan ketika mengiringi orang kena tahan (OKT) semasa mereka menjalankan tugas.

Menurutnya, selain itu, anggota polis yang bertugas di kawasan di tempat awam juga merupakan salah satu punca mereka terkena jangkitan Covid-19.

“Ada juga pegawai dan anggota polis dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga mereka sendiri.

“Kesemua pegawai dan anggota yang dijangkiti kini sedang menjalani tempoh kuarantin dan kita berharap mereka terhindar daripada jangkitan itu selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Simulasi Banjir 2021 di tepi Sungai Kelantan dekat Paloh Rawa di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy dan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md. Yusoff.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, beliau menggalakkan semua warga PDRM Kelantan agar memakai pelitup muka jenis N95 sebagai langkah rapi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan Covid-19 semasa bertugas. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI