fbpx

Isu kualiti liputan jalur lebar tumpuan utama Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Bukan hanya sekadar penembusan jalur lebar mudah alih sebaliknya kualiti liputan perlu juga diambil perhatian.

Itu antara isu dibangkitkan pada siri jerayawara Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menerusi sesi libat urus itu, kerajaan negeri menekankan mengenai soal pendigitalan khususnya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata, infrastruktur digital di Perak kini sedang ditambah baik melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang dilaksanakan bermula tahun 2020 sehingga 2022.

“Fokus perbincangan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Perak ialah pembangunan digital di bawah RMK-12.

“Ini kerana ketersambungan digital adalah pemacu utama untuk mencapai pertumbuhan yang inklusif dan mampan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sesi libat urus itu turut disertai Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan dan wakil pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

Katanya, jerayawara itu bertujuan menghebahkan dasar, strategi dan inisiatif RMK-12 kepada semua pihak berkepentingan di peringkat negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI