fbpx
MOHD. HAFIZ (dua dari kanan, belakang) pada majlis pelancaran Figura S dan Figura Coffe Latte di Petaling Jaya baru-baru ini.

Figura mahu lahirkan jutawan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura), pengeluar produk penjagaan kesihatan, mengunjurkan produk terbaharunya, Figura S dan Figura bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran tempatan dan khususnya daripada kumpulan sasarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid berkata, buat masa ini, dua produk berkenaan mencatat jualan sehingga RM1.1 juta selepas empat bulan syarikat mula beroperasi.

Bersandarkan kepada perkembangan baik tersebut, syarikat menyasarkan hasil jualannya akan bertambah sekali ganda dalam masa terdekat seiring dengan strategi syarikat meningkatkan aktiviti pemasaran serta promosinya.

“Produk kopi itu telah mendapat sambutan yang baik kerana ia bersesuaian untuk dimanfaatkan oleh seisi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran produk Figura S dan Figura Coffe Latte di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Selain itu, Mohd. Hafiz menjelaskan, ekoran kejayaan tersebut, syarikat meletakkan sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang jutawan dalam kalangan para pengedarnya menjelang akhir tahun depan.

Buat masa ini, syarikat memiliki 2,000 pengedar dan 120 daripada mereka memperoleh pendapatan empat hingga lima angka sebulan.

“Melihat kepada momentum tersebut, kami berkeyakinan akan melahirkan seorang jutawan pada Disember 2020,” ujarnya.

POPULAR