fbpx

Pegawai JKM dituduh salah guna wang bantuan baiki rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zarir (kiri) dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas kesalahan menyalahgunakan wang bantuan membaiki rumah.

ALOR SETAR – Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang bantuan membaiki rumah pada 2016 dan 2017.

Tertuduh, Mohamad Zarir Khozali, 41, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ketika bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim dekat sini didakwa menyalahgunakan wang bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 kepunyaan seorang individu pada 15 Mac 2017.

Lelaki terbabit juga didakwa melakukan kesalahan tersebut pada hari dan lokasi sama membabitkan wang bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 kepunyaan individu lain.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan bagi kesalahan serupa membabitkan wang bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 kepunyaan seorang lagi individu di lokasi sama pada 19 September 2016.

Pendakwaan bagi setiap pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan dengan sebatan dan denda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI