fbpx

Netizen Indonesia kecam Adidas, dakwa wayang kulit berasal dari Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen meninggalkan pelbagai komen yang memarahi, mengeji dan mengecam Adidas sehingga ada yang mengajak pengguna lain untuk melaporkan akaun tersebut. – Instagram

JAKARTA – Akaun Instagram Adidas Filipina ‘diserang’ netizen Indonesia kerana menulis keterangan pada gambar yang menyatakan bahawa wayang kulit adalah berasal dari Malaysia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi sekeping gambar kasut Adidas yang dikongsikan, jenama kasut antarabangsa itu menulis mengenai rekaan kasut terbaharu yang direka berdasarkan ciri-ciri istimewa sesebuah negara.

“Malaysia diwakili oleh rekaan @JAEMYC bagi kasut UltraBOOST DNA City Pack yang diinspirasikan oleh warisan kebudayaan Malaysia. Rekaan itu memaparkan wayang kulit, satu daripada bahagian penting dalam identiti kebudayaan dan warisan Malaysia dengan menggabungkan elemen wayang kulit bersama warna moden, di mana yang lama bertemu yang baru,” kata keterangan pada gambar yang dikongsikan Adidas Filipina.

Netizen Indonesia yang membaca hantaran tersebut berang dan mendakwa bahawa wayang kulit adalah sejenis seni yang berasal dari kebudayaan negara itu.

Mereka turut meninggalkan pelbagai komen yang memarahi, mengeji dan mengecam Adidas sehingga ada yang mengajak pengguna lain untuk melaporkan akaun tersebut.

“Wayang kulit sebenarnya berasal dari Jawa, Indonesia,” komen seorang netizen.

Sementara itu, akaun Adidas Singapura telah menggantikan keterangan pada gambar yang sama dengan menukar perkataan ‘Malaysia’ kepada ‘Indonesia’. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN