fbpx

Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia empat tahun itu ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci kerana keluar untuk membeli barang.

“Apabila bapa mangsa pulang ke rumah, lelaki itu mendapati anaknya telah tiada.

“Bapa mangsa meminta bantuan pihak pengurusan untuk mencari mangsa sebelum ditemui salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa terbuka dan terdapat satu kerusi di tepi tingkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bapa mangsa mengesyaki anaknya telah terjatuh dari tingkap rumah mereka.

“Tingkap di bilik tersebut tidak berjeriji dan hasil siasatan lanjut mendapati  tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden ini.

“Pihak Pengurusan telah menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan kematian mangsa telah disahkan oleh pegawai paramedik yang tiba di tempat kejadian,” ujarnya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI