fbpx

Hamilton terus buru jejak Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON terus memberikan saingan sengit dalam perebutan kejuaraan dunia apabila muncul juara pada GP Brazil awal pagi semalam. – AFP

SAO PAULO – Tindakan Mercedes melakukan perubahan pada enjin Lewis Hamilton dilihat sebagai tindakan bijak selepas juara dunia tujuh kali itu meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Brazil awal pagi semalam.

Meskipun bermula di petak ke-10 selepas dikenakan pe­nalti lima petak akibat perubahan enjin tersebut, namun ia tidak memberi masalah kepada Ha­milton untuk mengejar Verstappen yang menguasai awal perlumbaan.

Biarpun Red Bull bertindak agresif memasuki hentian pit lebih awal tetapi Hamilton terus gah meluncur laju walaupun ke­tinggalan dua saat di belakang pemandu Belanda tersebut.

Ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-48, kedua-dua pelumba hampir berlanggar sesama sendiri berikutan tindakan agresif Verstappen yang cuba menutup ruang.

Bagaimanapun, pegawai perlumbaan memutuskan tiada sebarang tindakan dikenakan kepada Verstappen.

Meskipun mencatat kemenangan, Hamilton masih ketinggalan 14 mata di belakang Verstappen ketika perlumbaan kini hanya berbaki tiga pusingan sebelum berakhir.

“Sejujurnya saya sangat gembira kerana kembali mencatat kemenangan buat Mercedes. Ini mungkin salah satu perlumbaan hujung minggu terbaik sepanjang karier saya.

“Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu dan ini adalah hasilnya,” kata Hamilton yang bertekad untuk menjulang gelaran dunia kelapan dengan baki tiga perlumbaan.

Dalam pada itu, ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menyifatkan kontroversi di selekoh keempat antara Verstappen dan Hamilton adalah adil dan satu keputusan bijak dilakukan oleh steward perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI