fbpx

Namewee tidak kesal kritik pemerintah, nasionalis China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMEWEE atau nama sebenarnya Wee Meng Chee (kiri) bersama Kimberley Chen pada sidang akhbar di Taipei hari ini. - AFP

TAIPEI, Taiwan –  Seorang penyanyi rap yang melantunkan  lagu Mandarin mempersenda golongan nasionalis China menyatakan hari ini bahawa dia tidak kesal disenarai hitam oleh Beijing selepas lagunya meletup dan mencatat lebih 30 juta tontonan di laman perkongsian video YouTube.

Diterbitkan bulan lalu, lagu Fragile oleh artis rap Malaysia, Namewee dan menampilkan penyanyi Australia, Kimberley Chen menjadi sensasi di seluruh Asia walaupun disekat di tanah besar China.

Lagu itu bertatarbelakangkan cinta tetapi sarat dengan satira terhadap golongan nasionalis yang digelar ‘little pinks’ dan juga pemerintah China.

“Saya tidak pernah menyekat diri saya atau mengamalkan penapisan kendiri,” kata Namewee kepada pemberita di Taipei ketika dia dan Kimberley meraikan pencapaian 30 juta tontonan.

“Pada saya, karya yang bagus perlu datang dari hati dan perlu jujur,” tambahnya.

Penyanyi berbahasa Mandarin, bintang filem dan selebriti jarang berani mencetuskan kontroversi melibatkan China. Beijing juga mempunyai sejarah menghukum mereka yang berani mengkritik pemerintahannya.

Kata-kata celupar walaupun tersilap akan segera menyebabkan artis tersebut ‘dibekukan’ daripada pasaran China, manakala karier seninya juga akan ‘terbunuh’.

Bagaimanapun, kesanggupan Namewee dan Kimberley menampilkan subjek tabu mengundang kemarahan Beijing ketika China semakin berani di pentas dunia di bawah pentadbiran Presiden Xi Jinping

“Lirik lagu itu bijak kerana berbunyi seperti lagu cinta yang tidak kesampaian tetapi  setiap baris terselit rujukan kepada sama ada perasaan ‘rapuh’ terhadap pemerintah China atau mempersendakan retorik Parti Komunis,” kata DJ Hatfield yang merupakan seorang profesor bidan muzik di Universiti Kebangsaan Taiwan.

Selama lebih empat minggu, Fragile mengungguli video ‘trending’ YoTube di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia selain mengecapi populariti dalam kalangan penduduk Cina di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.  – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI