fbpx

MADA perlu jadi pengeluar benih padi sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri berpandangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) perlu menjadi pengeluar benih padi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan manipulasi harga benih padi sah yang dihadapi pesawah selama ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah itu perlu dilaksanakan segera dengan kebenaran oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Kita berpandangan bahawa MADA sepatutnya mengeluarkan sendiri benih padi untuk kegunaan sawah di dalam atau luar kawasan MADA di Kedah.

“Menerusi langkah itu, MADA boleh kawal masa nak lepas air, masa nak hasilkan benih padi mengikut suasana dan kesesuaian tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Anak Bukit) berhubung tindakan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah berkaitan benih padi pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 di sini hari ini.

Katanya lagi, kebanyakkan daripada 12 syarikat yang membekalkan benih padi sah didapati tidak mempunyai petak sawah sendiri untuk menghasilkan benih padi.

“Mereka tidak ada petak dan kutip rata (benih padi) termasuk di Sijangkang (Selangor) untuk buat benih. Kita tidak tahu kualitinya pada tahap mana,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI