fbpx
MAZLAN LAZIM melakukan lawatan kerja dan menyerahkan 25 buah kenderaan pasukan iaitu 16 buah jenis Toyota Hilux GS  Cargo dan sembilan buah Van Go Auto  Higer Ace kepada IPK Negeri Sembilan. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Lebih 82 peratus kenderaan PDRM uzur akan ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lebih 82 peratus kenderaan di bawah seliaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan didapati telah uzur dan melebihi had usia akan ditukar dari semasa ke semasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam melaksanakan tanggungjawab pihak PDRM tetap menjaga kenderaan itu dengan baik selain melakukan penyelenggaraan dan servis mengikut tempoh masa ditetapkan.

“Kenderaan itu masih dapat digunakan walaupun telah melebihi had usia, kita akan tukar kenderaan secara berperingkat mengikut kemampuan dan bajet kerajaan.

“Dalam mengurus aset tersebut, terdapat kekangan dan halangan di luar kawalan yang terpaksa dihadapi antaranya aspek pengurusan kenderaan pasukan yang mana hampir 82 peratus kenderaan telah melebihi had usia penggunaan yang ekonomik,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Latihan Kontinjen, IPK Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melakukan lawatan kerja dan menyerahkan 25 buah kenderaan pasukan iaitu 16 buah  jenis Toyota  Hilux GS Cargo dan sembilan buah Van Go Auto Higer Ace.

Menurut Mazlan, pengurusan aset kenderaan yang sudah berusia dan uzur bukanlah perkara yang mudah, malah kebanyakan tempoh penggunaannnya telah melebihi 15 hingga 20 tahun.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penyerahan kenderaan PDRM, Mazlan memberitahu, sebanyak 240 kenderaan  jenis Toyota  Hilux GS Cargo dan Van Go Auto Higer Ace diserahkan ke seluruh kontinjen termasuk Sabah dan Sarawak.

“Di Negeri Sembilan, 25 buah kenderaan diserahkan kepada pihak kontinjen untuk melaksanakan tugas-tugas kepolisan di negeri ini.

“Van Go Auto Higer Ace yang diterima sebanyak sembilan buah adalah sebagai penggantian bagi kenderaan jenis van yang telah dilupuskan dan akan digunakan untuk membawa penumpang bagi tugas operasi dan lain-lain penugasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM kerana sentiasa peka dan sedar akan keperluan dan masalah dari segi logistik di IPK Negeri Sembilan ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI