fbpx

Hadiri majlis perkahwinan dengan Nissa, Ayus nyaris bertembung bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYUS (dua dari kiri) dan NIssa (kanan sekali) gembira meraikan pasangan pengantin Ria Ricis dan Teuku Ryan pada Sabtu lalu.

ANGGOTA kumpulan Sabyan Gambus, Ayus dan Nissa kembali hangat diperkatakan selepas sama-sama menghadiri majlis perkahwinan pensohor media sosial popula Indonesia, Ria Ricis dan Teuku Ryan di Pondok Indah, Sabtu lalu.

Biarpun hadir bersama seorang lagi ahli kumpulan itu, Kamal, mata petugas media tidak terlepas daripada ‘menangkap’ gelagat pasangan yang didakwa menjalin hubungan cinta itu.

Tambahan pula selepas dikatakan menjadi punca perceraian Ayus pada Mac lalu, Nissa seakan-akan menghindari daripada sebarang perkara yang boleh membangkitkan spekulasi.

Pada majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Nissa anggun mengenakan gaun rona emas sedondon dengan beg tangan dan pelitup muka dilihat pantas memasuki ruang lobi.

Ayus yang juga bapa kepada dua cahaya mata pula menggayakan persalinan biru mengekori belakangnya bersama Kamal sebelum masing-masing menuju dewan resepsi.

Hakikatnya, pasangan sensasi yang mempunyai hubungan sulit ketika Ayus dilihat bahagia hidup berkeluarga nyaris bertembung dengan bekas isterinya, Ririe Fairuz juga hadir ke majlis tersebut.

Usai acara, Ayus yang ditanya mengenai kehadiran Ririe mengakui tidak sempat bertemu wanita tersebut, sebelum terus menuju ke lif untuk pulang.

Nissa yang juga vokalis kumpulan sang gambus itu pula memaklumkan kedatangannya adalah bagi memenuhi undangan atas nama Sabyan Gambus.

“Kita sama Bang Kamal, tidak nyanyi (mengadakan persembahan).

“Moga Ria dan Ryan menjadi keluarga sakinah, mawadah waramah. Diberikan keturunan yang soleh dan solehah,” katanya tatkala ditanya mengenai kemunculan mereka pada hari itu.

Terdahulu, pada Februari lalu industri hiburan Indonesia panas membicarakan skandal cinta Ayus dan Nissa yang dipercayai sudah terjalin secara rahsia sejak 2019

Malah, adik perempuan pemain keyboard itu turut mengesahkan kepada media rumah tangga abangnya bermasalah dengan kehadiran Nissa sebagai orang ketiga.

Tidak menunggu lama, sebulan kemudian Ririe menuntut cerai kerana dikhianati sekali gus membuatkan ramai menyerang laman sosial Nissa dengan pelbagai caci maki.

Hanya dua bulan selepas perceraian dan membuat permohonan maaf terbuka mengakui kecurangannya, Ayus dan Nissa didakwa mahu bernikah namun hingga kini khabar berkenaan senyap begitu saja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI