fbpx
Gambar hiasan

Tujuh negeri alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penduduk di tujuh negeri termasuklah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir serta hujan lebat pagi ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk bagi negeri terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi hari ini.

“Di Perlis dan Pulau Pinang, kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah, kawasan yang yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, bagi kawasan di Johor melibatkan Pontian dan Johor Bahru, manakala di Sarawak melibatkan kawasan Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau).

Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sabah, melibatkan kawasan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – K! ONLINE

POPULAR