fbpx

Profesor lawan perompak guna kung fu ala filem China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pigai membelasah perompak tersebut menggunakan seni mempertahankan diri kung fu. – Baidu

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Aksi lagak wira seorang profesor dari China yang mempertahankan diri daripada dirompak seorang lelaki di Los Angeles menjadi tular apabila dia bertarung menggunakan seni kung fu bagi melawan perompak tersebut, lapor akhbar Global Times.

Zhou Pigai, yang merupakan pensyarah di Universiti Xiangtan pada ketika itu berada di California, Amerika Syarikat (AS) bagi satu sesi lawatan akademik di Universiti California Selatan.

Ketika kejadian, dia sedang berjalan di sebuah kawasan di Chinatown apabila seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng secara tiba-tiba menghampiri dan menyerangnya.

Lelaki tersebut mengacukan pistol ke arah Pigai, namun dia dengan pantas menepis pistol tersebut menggunakan tangan kirinya.

Dalam masa sama, tangan kanannya menumbuk pistol tersebut sehingga jatuh ke atas tanah.

Perompak terbabit kemudiannya melarikan diri buat beberapa ketika.

Bagaimanapun, dia kembali semula dengan merampas beg Pigai dan pertarungan kembali berlangsung sehingga perompak tersebut ‘mengaku kalah’ dan melarikan diri.

Siasatan awal mendapati bahawa kerugian yang dialami Pigai adalah berjumlah AS$3,130 (RM13,000) dan polis Los Angeles sedang menyiasat insiden tersebut.

“Itulah sebabnya orang AS diberi amaran jangan memulakan pergaduhan dengan orang China,” kata seorang netizen. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI