HYUNDAI-Sime Darby Malaysia (HSDM) baru-baru ini telah melancarkan secara rasmi model kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharu, Hyundai Staria sebagai pesaing dalam kelompok MPV premium. Model tersebut disasarkan sebagai kenderaan penumpang dengan ciri-ciri mewah dan moden. Kehadiran model ini juga secara tidak langsung akan memberi saingan kepada Toyota Alphard dan Vellfire yang dibawa masuk UMW Toyota. Sebenarnya ketika mula-mula gambar model ini tersebar, ramai yang menyangka MPV bersaiz besar ini merupakan kenderaan konsep tetapi Hyundai berjaya mengeluarkannya sebagai kenderaan produksi. MPV……