fbpx

Kantoi dadah, nama Park Yoo-chun diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK YOO-CHUN

BEKAS anggota kumpulan JYJ, Park Yoo-chun digam dan dilarang untuk muncul dalam mana-mana program televisyen atau meneruskan sebarang aktiviti hiburan.

Yoo-chun kini didakwa atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu bersama bekas teman wanitanya, Hwang Ha-na pada 2019.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan semasa perbicaraan pertama pada Julai 2019.

Memetik kenyataan media seperti yang dikeluarkan agensi penyanyi tersebut, Yesperar Co. Ltd, artis naungan mereka kini tidak dibenarkan muncul dalam mana-mana saluran televisyen dan semua aktiviti seninya dihentikan serta-merta.

“Injunksi telah dibuat kepada Mahkamah Daerah Pusat Seoul untuk melarang Park Yoo-chun daripada muncul dalam rancangan televisyen dan meneruskan aktiviti dalam industri hiburan.

“Mahkamah turut menolak semua pembelaan Park Yoo-chun dan memutuskan bahawa dia tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang aktiviti industri hiburan.

“Itu termasuklah aktiviti seperti menghasilkan album, video, promosi, penampilan dalam televisyen dan lain-lain,” tulis kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI