fbpx

‘Asif, anak istimewa layak menang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASIF ditemani Syahmi menerima anugerah Pelakon Komedi Popular ABP34.

PETALING JAYA – “Tahniah Asif Suhaimi. Terima kasih banggakan rakyat negeri Kelantan.”

Itu antara ucapan netizen yang paling banyak membanjiri media sosial malam ini selepas Asif Suhaimi memenangi kategori Pelakon Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular ABP ke-34 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Kemenangan yang penuh kejutan itu menyaksikan Asif mengalahkan empat calon lain iaitu Ain Edruce, Atu Zero, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.

Selain kemenangannya, ucapan lima saat yang disampaikan pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi, 19, itu turut mencuri perhatian netizen.

“Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam,” katanya yang turut ditemani aktor Syahmi Sazli malam ini.

Rata-rata netizen terutama peminat pelakon filem Mael Totey menyifatkan Asif layak memenangi anugerah tersebut.

Bahkan ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Syahmi kerana menjadi individu penting membawa Asif ke layar perak.

“Rezeki anak istimewa, terima kasih Syahmi kerana mencungkil bakat Asif,” ucap seorang pengguna Facebook.

“Tahniah buat Asif, anda wakil kepada semua anak istimewa,” kata seorang lagi netizen.

Sebagai info, Asif merupakan seorang penghidap austime dan bakatnya mula dicungkil sebagai pelakon dalam video pendek, Drama Spontan juga arahan Syahmi sehingga tular. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI