fbpx

Aeril Zafrel jadi Iqram Dinzly 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video TikTok Aeril yang mengundang geli hati netizen kerana dia kelihatan seperti pelakon Iqram Dinzly.

“Itu Iqram Dinzly ke?”

Pertanyaan tersebut yang membanjiri ruangan komen sebuah hantaran TikTok milik Aeril Zafrel apabila wajahnya dikatakan mirip Iqram.

Semuanya gara-gara Aeril tampil dengan imej bermisai dan berambut panjang yang sememangnya sinonim dengan pelakon Dunia Baru itu.

“Inilah yang dikatakan Iqram Dinzly 2.0.

“Mungkin ini kembar Iqram yang sudah terpisah sejak kecil,” gurau seorang netizen dalam TikTok.

Lucunya, ada juga yang berseloroh individu dalam video tersebut ialah Iqram yang mirip Aeril.

Video yang dimuat naik pada Isnin lalu itu menerima lebih 1.5 juta tontonan dan meraih lebih 163,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI