fbpx

Saya sedia dibicara – Syed Iqmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Iqmal ketika hadir di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

PETALING JAYA – “Saya sudah sedia untuk dibicarakan meskipun mengambil masa yang panjang.”

Demikian respon pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, berhubung perbicaraan pertuduhan cabul dan persetubuhan luar tabii membabitkan dirinya yang akan berlangsung pada tahun depan.

Menurutnya, sejak didakwa dan melalui proses sebutan sejak setahun lalu, dia melalui pelbagai pengalaman antaranya berasa takut dan berdebar.

“Walau apa pun kita perlu menghadapi proses mahkamah dengan baik dan saya mahu selesaikan perbicaraan ini dengan cepat. Insha-Allah,” ujarnya ketika ditemui selepas prosiding kes di Mahkamah Seksyen di sini.

Terdahulu, Hakim Jamaludin Mat menetapkan April dan Mei 2022 bagi tarikh perbicaraan untuk dua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 18, 20, 21 dan 22 April yang kemudian bersambung pada 25, 26,27,28 dan 29 April.

Bagi bulan Mei hanya sehari perbicaraan berlangsung iaitu pada 17 haribulan.

Mahkamah menetapkan tarikh-tarikh itu selepas pendakwaan yang diwakili, Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris dan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Iqmal bersetuju dengan tarikh-tarikh berkenaan.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat tujuh saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan termasuk pengadu dalam kes ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI