fbpx

5 jam berendam dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Penduduk di sembilan buah rumah di Kampung Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee di sini terpaksa meredah banjir mencecah paras pinggang selama lima jam berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Kejadian banjir berlaku pada pukul 4 pagi tadi bagaimanapun surut lima jam kemudian.

Rata-rata penduduk kini membersihkan kediaman biarpun hujan renyai masih melanda di beberapa kawasan di daerah ini.

Keadaan air di beberapa jalan utama di Jalan Makloom Jalan Kampung Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee dan Sungai Pinang dilaporkan semakin surut.

Seorang penduduk, Mohd. Ismail Saad, 59, berkata, banjir kilat berlaku setelah hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 malam semalam.

“Sungai yang terletak di belakang rumah melimpah mengakibatkan air masuk ke dalam rumah.

“Ketika air mencapai paras pinggang, saya segera membawa ibu yang terlantar naik ke tingkat atas.

“Kami terpaksa tinggal dalam keadaan rumah yang ditenggelami air selama hampir lima jam sebelum surut pada pukul 9 pagi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI