fbpx

Timothée Chalamet saingan Tom Holland?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMOTHÉE CHALAMET

“SAYA dapat seorang kawan baik baharu disebabkan Dune. Sebuah filem yang saya sangat-sangat bangga dengan penghasilannya.”

Demikian kata pelakon muda berbakat besar, Timothée Chalamet berkenaan cetusan kimia yang terhasil antara dirinya dengan aktres Zendaya. Mereka sama-sama terlibat dalam filem sains fiksyen yang menjadi perbualan global, Dune.

Melakonkan watak utama iaitu Paul Atreides bukan satu tugas yang mudah buat Chalamet, namun seperti biasa, dia yang pernah menerima pencalonan Academy Awards bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada 2017 iaitu ketika berusia 22 tahun melunaskan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Zendaya, Dune

“Berlakon filem seperti Dune, rasa macam berlari dalam maraton. Saya tak pernah berlakon dalam filem seperti ini yang sangat panjang (penggambaran) dan mencabar terutama dari segi fizikal.

“Kriteria yang perlu saya patuhi untuk watak Paul sangat memenatkan dan babak-babak di padang pasir, saya fikir senang, namun lebih sukar daripada jangkaan.

Digosipkan bercinta dengan Zendaya, Chalamet menyifatkan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan baik.

“Seperti yang saya cakap, semestinya filem ini antara yang paling akan saya ingati sepanjang bergelar seorang pelakon kerana dikelilingi orang-orang berbakat termasuk pengarah, barisan pelakon dan kru teknikal.

“Pun begitu, semuanya menjadi mudah dan senang untuk dikerjakan kerana semua yang terlibat dalam filem ini hebat-hebat belaka. Saya rasa sangat-sangat bertuah,” ujar Chalamet dalam satu wawancara bersama Glamour UK.

Diajak bercerita apa perkara baharu dipelajari tentang Zendaya yang melakonkan watak kekasih atau ‘love interest’ dirinya dalam Dune, Chalamet berkata: “Saya tak tahu tentang orang lain tetapi bagi saya, saya sangat kagum dengan Zendaya. Dia seorang kawan yang akan selalu teriak ‘awak paling baik’ dalam setiap situasi.

“Dalam konteks yang lebih serius, industri ini kadang-kadang boleh jadi satu tempat yang gila dan dia merupakan antara orang yang paling merendah diri pernah saya kenali.

“Dia buat saya rasa yakin setiap masa kerana apa sahaja yang kita hasilkan dalam industri lakonan kemungkinan akan berakhir dengan keletihan yang tidak berbelah-bahagi. Dia seorang rakan yang sangat menyokong,” ungkap Chalamet yang dilahirkan di New York, Amerika Syarikat.

Berdepan tekanan

Bergelar seorang pelakon dan hidup disimbahi cahaya glamor bukan satu perkara yang mudah.

Ramai dalam kalangan pelaku seni Hollywood yang menjadi korban ‘populariti’, tenggelam dalam lautan mengasyikkan.

Ramai dalam kalangan pemerhati filem menyifatkan Chalamet sebagai antara pelakon paling berbakat generasi sekarang di Hollywood.

Sehingga akhirnya, tewas dalam gelanggang seni meskipun menjadi dambaan jutaan peminat.

Buat Chalamet, ditebak pertanyaan tentang bagaimana dirinya berdepan dengan tekanan berstatus seorang pemain filem, jawabnya, dia mempunyai jalan tersendiri untuk mengalih perhatian daripada perihal yang memberi tekanan.

“Untuk menghayati karakter misalnya, apa-apa jenis tekanan sebenarnya akan membuatkan kita mendalami pekerjaan atau peranan yang diberikan dengan lebih mendalam. Itu sesuatu yang saya sentiasa percaya. Bekerja dengan tekanan boleh memberikan hasil yang bagus.

“Pun begitu, kita perlu tahu bagaimana untuk berdepan dengan tekanan (kerja).

“Maksud saya, mengalihkan perhatian daripada segala perkara serius atau anda rasa sesuatu situasi itu terlalu serius. Atau apa-apa pendapat orang lain tentang apa yang dilakukan.

Selain fasih berbahasa Inggeris, Chalamet juga mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Perancis.

“Kita akan berjaya melakukan sesuatu dengan jayanya apabila kita sedar bahawa orang lain turut berjuang mendepani peperangan yang sama seperti kita.

“Contohnya dalam penghasilan sesebuah filem, pelakon yang terlibat turut mempunyai tujuan yang sama iaitu memberi komitmen kerja terbaik,” ujar pelakon itu yang fasih berbahasa Perancis.

Katanya lagi, dia berasa sangat beruntung dikurniakan kerjaya sebagai seorang pelakon kerana tidak ramai orang diberikan peluang atau ruang yang sama dalam kehidupan.

“Kalau rasa tertekan dengan pendapat atau apa-apa situasi, saya akan cenderung kenangkan bahawa suatu masa dahulu, saya tidak pernah terfikir langsung akan berada pada tahap sekarang,” ujarnya berhemah.

Saingan Tom Holland?

Buat sesiapa yang mengikuti rapat perkembangan karier Chalamet, acap kali namanya sering terkait dengan bintang kelahiran Britain yang sinonim dengan karakter adiwira, Spider-Man.

Barangkali disebabkan faktor struktur wajah hampir sama, selain kedua-duanya merupakan pelakon hebat dan masing-masing pernah berdamping dengan wanita yang sama dalam filem lakonan mereka.

Wanita yang dimaksudkan, tiada lain, Zendaya. Pun begitu, menurut Chalamet, dia sangat menghormati Holland dan berpendapat, pelakon tersebut adalah individu yang paling cocok melakonkan watak Spider-Man.

AKTOR muda ini pernah menerima pencalonan Oscar menerusi lakonan berkesannya dalam filem Call Me by Your Name.

“Holland cukup sempurna (untuk watak Spider-Man). Saya tak pernah terfikir untuk menggantikannya dalam mana-mana filem Spider-Man.

“Saya tengok filem-filem lakonannya terutama Spider-Man dan saya sangat yakin bahawa dia orang yang paling layak untuk meneruskan legasi filem tersebut,” katanya dalam satu temu bual lain.

Pun begitu, pelakon berusia 26 tahun itu pernah melontarkan kenyataan berbaur ‘iri hati’ terhadap Holland ketika awal kemunculannya.

Katanya, dia memang peminat karakter Spider-Man, namun bukan yang dibawa Holland.

“Saya sangat entusias tentang apa-apa berkaitan Spider-Man (ketika kecil). Saya akan selalu menggayakan kostum adiwira itu pada bila-bila masa, namun bukan disebabkan karakter yang mencipta keuntungan dijayakan Holland.

“Saya terpengaruh dengan watak Spider-Man disebabkan pementasan teater ‘broadway’ sebelum adiwira itu menjadi sangat komersial pada hari ini. Ya, bukan disebabkan peranan yang dibawakan Holland,” ujar Chalamet yang bakal muncul dengan filem baharu, Wonka tidak lama lagi memainkan peranan utama, Willy Wonka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI