fbpx

Kes bunuh ah long dipercayai berkaitan kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis membawa suspek (singlet putih) menunjukkan lokasi senjata yang dibuang di sekitar Jambatan Kota, Jalan Tengku Kelana, Klang petang tadi.

KLANG – Polis tidak menolak kemungkinan kes bunuh seorang pemberi pinjaman wang atau ah long di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di sini, Sabtu lalu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, motif awal kejadian itu dikenal pasti selepas pihaknya menahan seramai 16 suspek setakat ini.

Katanya, kesemua individu itu termasuk lapan lelaki dan dua wanita yang diberkas dalam beberapa operasi di sekitar Lembah Klang dan Johor semalam.

“Kita percaya kes pembunuhan itu mungkin melibatkan kumpulan kongsi gelap.

“Siasatan lanjut bagaimanapun sedang dijalankan termasuk mengenal pasti sama ada semua suspek merupakan ahli kongsi atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Jambatan Kota, Jalan Tengku Kelana di sini, petang tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI