fbpx

Jurutera palsukan tandatangan didenda RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toh Hwee Sheng (dua dari kanan) ketika dibawa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah buku berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Toh Hwee Sheng, 46, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkannya tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Hwee Sheng didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Majlis Perbandaran Selayang daripada Lieng Consult kepada seorang lelaki berpangkat Datuk iaitu pemilik tanah yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan kesalahan antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hanya hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana merupakan kesalahan pertama dan kesal serta insaf dengan kesalahan yang dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI