fbpx

Harimau Malaya tinggal kurang 200 ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA merupakan sebuah negara yang menjadi habitat bagi spesies harimau belang yang juga dikenali sebagai Harimau Malaya.-GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Spesies terancam Harimau Malaya dijangka bakal pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi apabila jumlah terbaru spesies tersebut kini dianggarkan tidak sampai 200 ekor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya, jemaah menteri bersetuju untuk melaksanakan sembilan tindakan strategik Konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini hingga 2030.

“Antara pendekatan itu termasuk mengukuhkan usaha menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan ‘boots on the ground’ serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi spesies berkenaan.

“Selain itu, meningkatkan tadbir urus baik keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dijangkiti Covid-19, bagi menjawab soalan Che Alias Hamid (Kemaman-Pas) yang ingin tahu mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak pupus.

Beliau berkata, pendekatan seterusnya adalah memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.

Katanya, kerajaan juga mewujudkan kerjasama dengan zoo dan universiti supaya kelangsungan hidup Harimau Malaya dapat dipanjangkan, dengan menyimpan spesis itu di negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Singapura seperti Tapir sebelum ini.

Penyelidikan terperinci juga dijalankan supaya ‘inbreeding’ Harimau Malaya di kawasan jagaan boleh dilaksanakan sementara merancang mewujudkan pusat konservasi Harimau Malaya untuk menempatkan harimau yang dijumpai sebelum dilepaskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI