fbpx

Enam premis judi dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman (tengah) bersama wakil TNB Taiping melakukan pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis di Taman Medan Saujana Taiping hari ini.

TAIPING – Enam buah premis perniagaan dipotong bekalan elektrik kerana disyaki melakukan kegiatan perjudian di beberapa tempat di kawasan Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tindakan tersebut dilakukan dalam operasi khas bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Hasil aduan awam dan pihak risikan kita mengenal pasti enam premis di kawasan Kamunting, Aulong dan Kuala Sepetang yang menjalankan aktiviti perjudian.

“Kesemuanya berselindung dengan perniagaan lain seperti kedai runcit, pasar mini dan juga kedai ubat,” katanya kepada pemberita selepas selesai melakukan pemotongan bekalan elektrik bersama wakil TNB di sebuah premis di Medan Saujana Kamunting di sini hari ini.

Sejak Januari lalu, sebanyak 210 kes serbuan melibatkan perjudian telah dilakukan membabitkan 249 tangkapan.

Tambah Osman, polis turut membuat permohonan dengan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) untuk membatalkan sebanyak 15 lesen perniagaan premis terbabit.

“Daripada jumlah itu 10 buah premis yang disyaki telah dibatalkan lesennya manakala lima lagi beroperasi tanpa lesen.

“Kesemua premis itu boleh mendapatkan sambungan semula bekalan elektrik dengan memohon kepada polis mengikut syarat-syarat tertentu termasuk tidak ada lagi mengulangi kegiatan sama,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI