fbpx
Tertuduh (tengah) dipenjara 10 tahun dan dua sebatan atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap anak saudara perempuannya berusia lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Buruh laku amang seksual dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang buruh melakukan amang seksual terhadap anak saudara perempuannya berusia lima tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh yang merupakan lelaki berusia 45 tahun membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan selain memutuskan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan dijalankan serentak.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan tersebut.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah Dungun pada pukul antata 6 pagi hingga 7 pagi, 13 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengulangi semula perbuatan terhadap terhadap mangsa di lokasi dan masa sama pada keesokkan harinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN